Jumaat, 4 Oktober 2013

Aktiviti Panitia 2013


1) Kursus Dalaman HOTS Sains

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Kursus ini diharapkan dapat memberi informasi terkini dan kefahaman yang jelas kepada semua guru tentang tujuan pelaksanaan HOTS dan bagaimana kaedah pelaksanaannya. Semua guru Sains diharap dapat menggunakan soalan HOTS dalam P&P sepanjang tahun 2013 ini.


2) Kursus Dalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Antara objektif kursus ini ialah memberi kefahaman jelas kepada semua ahli panitia mengenai hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan seimbang melalui PBS seiring dengan pembangunan di peringkat global.


3) Kem Kejuruteraan Petrosains 2013

SMK Panchor telah memenangi Naib Johan Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2012 peringkat kebangsaan. Maka, SMK Panchor layak untuk menerima hadiah program pembangunan daripada Petrosains berbentuk program berupa Kem Kejuruteraan Petrosains. Kem ini telah dijalankan sekitar bulan Mac 2013. Banyak aktiviti menarik berkaitan konsep sains telah dijalankan bersama-sama elajar dan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah, kreatif dan menarik perhatian pelajar. Hampir lebih daripada 100 orang pelajar terlibat dengan aktiviti ini dan semua pelajar menjalani kem ini dengan penuh semangat dan dalam suasana yang menceriakan.


4) Bengkel Skor A PMR 2013

Bengkel ini dianjurkan oleh Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad sebagai usaha melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah-sekolah di Negeri Sembilan khususnya dalam subjek Sains untuk PMR. Bengkel ini diadakan pada 6 April 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Besar SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban. Serama 17 orang pelajar Tingkatan 3 telah terlibat dalam bengkel ini.


5) Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik dijalankan setiap tahun di SMK Panchor. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pelajar-pelajar mengambil bahagian dan menyertainya. Acara-acara yang dipertandingkan terbahagi kepada acara mengikut kategori dan acara terbuka. Antara acara-acara yang disediakan adalah seperti mereka cipta kereta belon, membina catapult, roket (parachute), roket (target), mereka cipta kapal selam, pertandingan pertunjukan Sains, mereka cipta pistol dan beberapa acara lagi. Acara-acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.