Aktiviti Panitia 2013



1) Kursus Dalaman HOTS Sains

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Kursus ini diharapkan dapat memberi informasi terkini dan kefahaman yang jelas kepada semua guru tentang tujuan pelaksanaan HOTS dan bagaimana kaedah pelaksanaannya. Semua guru Sains diharap dapat menggunakan soalan HOTS dalam P&P sepanjang tahun 2013 ini.


2) Kursus Dalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Antara objektif kursus ini ialah memberi kefahaman jelas kepada semua ahli panitia mengenai hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan seimbang melalui PBS seiring dengan pembangunan di peringkat global.


3) Kem Kejuruteraan Petrosains 2013

SMK Panchor telah memenangi Naib Johan Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2012 peringkat kebangsaan. Maka, SMK Panchor layak untuk menerima hadiah program pembangunan daripada Petrosains berbentuk program berupa Kem Kejuruteraan Petrosains. Kem ini telah dijalankan sekitar bulan Mac 2013. Banyak aktiviti menarik berkaitan konsep sains telah dijalankan bersama-sama elajar dan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah, kreatif dan menarik perhatian pelajar. Hampir lebih daripada 100 orang pelajar terlibat dengan aktiviti ini dan semua pelajar menjalani kem ini dengan penuh semangat dan dalam suasana yang menceriakan.


4) Bengkel Skor A PMR 2013

Bengkel ini dianjurkan oleh Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad sebagai usaha melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah-sekolah di Negeri Sembilan khususnya dalam subjek Sains untuk PMR. Bengkel ini diadakan pada 6 April 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Besar SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban. Serama 17 orang pelajar Tingkatan 3 telah terlibat dalam bengkel ini.


5) Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik dijalankan setiap tahun di SMK Panchor. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pelajar-pelajar mengambil bahagian dan menyertainya. Acara-acara yang dipertandingkan terbahagi kepada acara mengikut kategori dan acara terbuka. Antara acara-acara yang disediakan adalah seperti mereka cipta kereta belon, membina catapult, roket (parachute), roket (target), mereka cipta kapal selam, pertandingan pertunjukan Sains, mereka cipta pistol dan beberapa acara lagi. Acara-acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.



6) Karnival Sains dan Teknologi Negeri Sembilan

SMK Panchor juga menghantar wakil untuk ke Karnival Sains dan Teknologi Negeri Sembilan. Antara acara yang dijalankan ialah cooking nature, solar car, solar boat, roket ( parachute dan target). KASTEK tahun ini dijalankan di daerah Port Dickson.


7) Pertandingan Pertujukan Sains Petrosains

Pihak Petrosains dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan pertandingan ini setiap tahun bermula dari tahun 2009. SMK Panchor sentiasa menghantar wakil pada setiap tahun. SMK Panchor telah menghantar 12 kumpulan pada peringkat audition. Daripada 12 kumpulan itu, satu kumpulan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat zon yang berlangsung di Playsmart, Kuantan, Pahang. SMK Panchor berjaya mendapat Naib Johan untuk peringkat zon seterusnya layak ke peringkat kebangsaan melalui kategori pilihan juri (wildcard). Pertandingan peringkat kebangsaan akan berlangsung di Panggung Sri, Kompleks Kraf, Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2013.


8) Lawatan Ke Pusat Nuklear Bangi

SMK Panchor telah dijemput oleh Pusat Nuklear, Bangi untuk datang melawat pusat tersebut dan mendedahkan pelajar dengan lebih dekat mengenai fungsi pusat tersebut. SMK Panchor telah menghantar kelas 4 Sains dan 5 Sains untuk mengisi slot lawatan ke Pusat Nuklear tersebut. Seramai 40 orang pelajar dan 4 guru pengiring terlibat dalam lawatan ini.


9) Kelas Akademik Cemerlang (KAC) Sains PMR dan SPM 

Panitia Sains juga terlibat dalam Kelas Akademik Cemerlang (KAC) untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM bagi subjek Sains. Guru-guru yang mengajar Sains Tingkatan 3 an Tingkatan 5 terlibat dalam kelas tambahan ini yang dijalankan pada Isnin dan Selasa petang mengikut jadual giliran yang telah disediakan oleh pihak sekolah.


10) Kelas GPMS Biologi, Fizik, Kimia

Panitia Sains juga terlibat dalam kelas GPMS untuk pelajar-pelajar SPM kelas aliran Sains bagi subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Guru-guru yang mengajar Sains Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 terlibat dengan kelas tambahan ini yang dijalankan pada Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat petang mengikut jadual giliran yang telah disediakan pihak sekolah.


11) Mesyuarat Bidang dan Panitia

Panitia Sains SMK Panchor terlibat dengan semua mesyuarat bidang yang dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, Panitia Sains juga menjalankan mesyuarat panitia bersama semua guru Sains untuk membincangkan agenda dan perancangan yang telah dirancang untuk dilaksanakan.