Rabu, 30 Oktober 2013

PETROSAINS SMK PANCHOR 2013

Perkongsian kali ini oleh panitia sains dan matematik ialah berkaitan dengan PETROSAINS. Petrosains ini ialah satu pertandingan antara sekolah-sekolah menengah dan SMK Panchor mengambil peluang memasukinya dan alhamdulilah peserta dari SMK Panchor berjaya menjadi johan di peringkat kebangsaan. Kejayaan peserta petrosains ini juga berkemungkinan disebabkan oleh ahli-ahli penyokong petrosains SMK Panchor dengan bertungkus lumus menyediakan banner iaitu semasa program selepas pmr semasa slot sains yang dikendalikan oleh guru Pn. Siti Faridah dan Pn. Eryanti pada hari rabu 23/10/2013. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. tahniah juga diucapkan kepada peserta petrosains kerana membawa pulang gelaran johan peringkat kebangsaan.                TAHNIAH SEMUA.














JOHAN PETROSAINS IAITU PESERTA DARI SMK PANCHOR
YANG DIKETUAI OLEH CIKGU ZUL.TAHNIAH


  • Antara gambar-gambar penyokong petrosains semasa slot sain dalam program selepas pmr yang melibatkan pelajar pmr sahaja.


Isnin, 28 Oktober 2013

PROJEK PBS SAINS TINGKATAN 2

Program projek pbs sains tingkatan 2 tahun 2013 yang hanya melibatkan pelajar-pelajar dari kelas tingkatan 2 ARIF yang layak untuk penilaian band 6 yang dikendalikan oleh Pn. Siti Faridah Bt Shamsudin yang sangat bermanfaat kepada pelajar yang terlibat. Disamping itu juga program ini dapat meningkatkan dan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Selain itu program projek pbs sains tingkatan 2 ini juga akan disimpan sebagai evidens untuk dijadikan panduan kepada pelajar untuk tahun hadapan. dibawah ini terdapat beberapa gambar-gambar aktiviti yang telah dilakukan.


 Antara hasil-hasil projek para pelajar tingkatan 2 ARIF semasa program dijalankan. Sangat kreatif dan menarik.






projek dari kumpulan alamak alamak.

Jumaat, 25 Oktober 2013

BENGKEL SAINS PMR 2013

Bengkel Sains Pmr 2013 telah diadakan oleh Panitia Sains dan Matematik. Bengkel ini telah diadakan pada hari rabu iaitu bersamaan dengan 18/9/2013. Semasa bengkel ini berlangsung, penceramahnya adalah guru sainsnya sendiri iaitu Pn. Siti Faridah Bt Shamsudin dan dibantu oleh beberapa orang guru sains yang lain antaranya ialah Pn Alenawati, Pn Nureryanti serta dihadiri oleh Pn Rozita Bt Baharudin. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengukuhan terhadap teknik menjawab soalan berdasarkan format PMR terkini. Bengkel ini selesai dengan jayanya.



Penceramah- Pn Siti Faridah sedang menerangkan teknik-teknik menjawab soalan berdasarkan soalan terkini PMR.

Pelajar sedang memerhati setiap helaian kertas untuk memahaminya

Cikgu sedang membantu para pelajar




Jumaat, 4 Oktober 2013

Aktiviti Panitia 2013


1) Kursus Dalaman HOTS Sains

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Kursus ini diharapkan dapat memberi informasi terkini dan kefahaman yang jelas kepada semua guru tentang tujuan pelaksanaan HOTS dan bagaimana kaedah pelaksanaannya. Semua guru Sains diharap dapat menggunakan soalan HOTS dalam P&P sepanjang tahun 2013 ini.


2) Kursus Dalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kursus ini dijalankan pada 18 Januari 2013 di Makmal Kimia 1. Antara objektif kursus ini ialah memberi kefahaman jelas kepada semua ahli panitia mengenai hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan seimbang melalui PBS seiring dengan pembangunan di peringkat global.


3) Kem Kejuruteraan Petrosains 2013

SMK Panchor telah memenangi Naib Johan Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2012 peringkat kebangsaan. Maka, SMK Panchor layak untuk menerima hadiah program pembangunan daripada Petrosains berbentuk program berupa Kem Kejuruteraan Petrosains. Kem ini telah dijalankan sekitar bulan Mac 2013. Banyak aktiviti menarik berkaitan konsep sains telah dijalankan bersama-sama elajar dan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah, kreatif dan menarik perhatian pelajar. Hampir lebih daripada 100 orang pelajar terlibat dengan aktiviti ini dan semua pelajar menjalani kem ini dengan penuh semangat dan dalam suasana yang menceriakan.


4) Bengkel Skor A PMR 2013

Bengkel ini dianjurkan oleh Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad sebagai usaha melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah-sekolah di Negeri Sembilan khususnya dalam subjek Sains untuk PMR. Bengkel ini diadakan pada 6 April 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Besar SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban. Serama 17 orang pelajar Tingkatan 3 telah terlibat dalam bengkel ini.


5) Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik dijalankan setiap tahun di SMK Panchor. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pelajar-pelajar mengambil bahagian dan menyertainya. Acara-acara yang dipertandingkan terbahagi kepada acara mengikut kategori dan acara terbuka. Antara acara-acara yang disediakan adalah seperti mereka cipta kereta belon, membina catapult, roket (parachute), roket (target), mereka cipta kapal selam, pertandingan pertunjukan Sains, mereka cipta pistol dan beberapa acara lagi. Acara-acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.