Aktiviti Panitia 2012

                                                         

  Karnival Sains & Teknologi 2012 Peringkat Negeri                                   

Antara aktiviti panitia ialah Karnival Sains & Teknologi 2012 Peringkat Negeri. Karnival ini diadakan di SMV Kuala Klawang, Jelebu pada 3,4 dan 5 Julai 2012. Antara aktiviti yang disertai oleh para pelajar SMK Panchor ialah Teknologi Pelancaran Roket, Saintis Muda, Inovasi Kejuruteraan & Sains, Kereta Solar, Bot Solar dan " Energy Efficiency Cooking" . 

Para pelajar yang menyertai pertandingan-pertandingan yang disebut di atas dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan sepanjang karnival itu berlangsung walaupun hanya mendapat sijil penyertaan. Mereka mendapat pengalaman dan ilmu yang tidak mungkin dapat dirasai oleh pelajar yang tidak menyertai karnival tersebut. Antara gambar yang dapat di 'upload'...




Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sains kelihatan sangat berkarisma dengan kot masing-masing di dalam pertandingan Inovasi Kejuruteraan & Sains...






      Bersungguh-sungguh pelajar Tingkatan 3 Arif ini membuat Kereta Solar...





Pertandingan 'Energy Efficiency Cooking' yang disertai oleh pelajar perempuan daripada kelas 3 Arif...Sungguh bermotivasi...




Wah, peserta daripada tingkatan 4 Sains memastikan roket mereka terbang tinggi walaupun keadaaan agak panas dalam pertandingan Teknologi Pelancaran Roket...


  Science Show Petrosains 2012


Pada tahun 2012, pihak Panitia Sains SMK Panchor telah menghantar dua orang peserta daripada Tingkatan 5 Sains untuk berentap dalam peringkat zon bagi merebut tempat ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Science Show Petrosains 2012.

Pertandingan Science Show 2012 bagi peringkat zon telah diadakan di Petrosains Playsmart, Kuantan, Pahang pada 9-10 Julai 2012. 

Pasukan Science Show 2012 telah berjaya menempatkan diri dalam peringkat kebangsaan. Pertandingan Science Show 2012 peringkat kebangsaan telah diadakan di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur pada 29 September. 


wah, manisnya senyuman masing-masing...


Masuk suratkhabar lagi..


Fikir apa la tu??



itu botol minyak ker??


PROGRAM SELEPAS PMR 2012



Program Selepas PMR ialah program yang telah dirancang dan diatur oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk memastikan setiap slot yang dijalankan berjalan dengan lancar. Program ini dilaksanakan untuk para pelajar Tingkatan 3 selepas Penilaian Menengah Rendah bermula dari 17 Oktober 2012 sehinggalah 9 November 2012.  Panitia Sains juga turut mengelolakan beberapa aktiviti semasa slot Sains dijalankan. Antara aktiviti yang menarik ramai peserta ialah aktiviti pembinaan roket dan pelancaran roket

Aktiviti ini telah diurus oleh guru-guru sains iaitu Encik Mohd Faris binti Ismail dan Puan Alenawati binti Haji PerwiraAktiviti pembinaan roket telah dimulakan pada hari Rabu, 24 Oktober 2012 manakala aktiviti pelancaran roket pula akan dilaksanakan pada hari Rabu, 31 Oktober 2012. Pertandingan roket ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.

Antara kelebihan yang diperoleh oleh para pelajar yang menyertai pertandingan ini ialah mereka dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, mereka boleh menjadi pelapis sekolah untuk pertandingan Teknologi Pelancaran Roket dalam Karnival Sains & Teknologi pada masa hadapan. Mereka juga mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang Sains dalam membina dan melancarkan roket.

Akhirulkalam, tidak dapat dinafikan Program selepas PMR ini sememangnya memberikan input-input yang berguna kepada para pelajar Tingkatan 3 pada tahun ini. Penghargaan seharusnya diberikan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling serta semua panitia yang terlibat di atas penyusunan program yang terancang dan lancar.






















                                                                                                                                                      -A-